Thursday, December 17, 2015

Zuriat

Assalamualaikum

Hi

First of all urusan ini bukan urusan saya. Sy cuma cerita pengalaman dan cerita2 org. Sungguh rezeki ajal maut jodoh itu urusan Tuhan. Kalau kawan2 sebaya mostly dah anak 2 3 dh mostly lah. Tapi masih ada yg single. Kalau yg muda 3 4 tahun pun lebih kurang tu jugaklah. Maybe lebih ramai yg single atau baru kawin.

Nak dijadikan cerita lately sebab ramai yg dh berumahtangga jadi confirm lah nak baby. Katalah ada pasangan ni konon nak honeymoon phase setahun dua mesti in the end kalut jugak berusaha nak baby. Sebab bila berdua tu bosan ke cmane jadi nk lah penyerinya. Macam sebelum sy dihadiahkan zahra. Kalut kemain.. saya lah. Bila asek datang bulan terus rasa down, tak subur ke aku. Jadi amek inisiatif pegi klinik sebab memang nak baby. Doktor scan rahim dan alhamdulillah takde cyst ke ape. Cuma takde telur aka ovum. Jadi doktor bagi ubat utk enhance pengeluaran telur. Bulan berikutnya ya Allah tak pernah sakit macam tu. Mcm period pain pun ada.. tapi tang kiri kanan ari2 je. Ingatkan buah pinggang. Time tu rasa mcm redha je ada ke takde baby. Sakit. Takpe lah takde baby lagi.. sy cuma nak sihat. Pegi klinik lagi. Doktor scan lagi.. dia ckp ovari bengkak. Maybe efek ubat tu paksa ovum keluar ke mcm mana. Tapi telur masih takde. Redha. Sungguh redha. Lepas tu dah tak kira period lagi dah. Malas nak semakkan kepala. Tapi mcm boleh bajet dah lewat lebih seminggu. Dlm 10 hari. Mulalah otak ni pikir lain pulak. Sakit ke aku. Ke sebab ubat hari tu. Adoiii. Tapi takut nk g klinik lg. Safest thing to do masa tu cek dulu pregnant ke tak. Kalo tak, baru risau sakit ke ape. Sekali alhamdulillah ada zahra rupanya.

Ini cite adik zahra pulak. Memang takde planning apa2 pun. Husband mmg nk baby. Tapi sebab masih menyusu badan mungkin hormon lambat sikit. Time tu mulalah rasa frust sorg2. Walaupun husband cakap takpe. Tapi naluri perempuan ni memang tak boleh elak. Adik pulak dah pregnant anak ke2. Lagi lah. Lol. Ada terdetik ke nak gi klinik lagi cek. Tapi mau kena debik ngn doktor sebab zahra belum pun lagi 2 tahun kan. Jadi sy igt nak ushar ubat zuriat yg org jual online. Ushar je tak beli pun. Time tu byk sgt false pregnancy symptoms. Macam memberi harapan sgt. Tapi last2 period jugak. Sampai satu masa sy decide nak kerja. Jadi malas pikir baby ke benda lain. Sy nak fokus kerja.. maybe study. Plan nih dalam kepala nak beli baju cantik2, nak pkai heels balik, nak fokus zahra je tak kisahlah sampai dia umur berapa pun baru dapat adik. Husband bawak jalan2, makan sedap2, happy2. Sekali rasa lain macam time subur. Tapi malas nk berharap sangat. Pastu missed period 1 hari je. Sy ni jenis period punctual atau mesti awal sehari dua. Suami duk laut pun tak menyabar nak gak cek kan. Gigih gi beli pregnancy test sorg2. Alhamdulillah dah 3 minggu lebih time tu. Agak2 kira terjadi time kat cameron highland. Haha.

Kesimpulannya dalam kes saya, bila stress, ape pun tak jadi. Tapi bila redha, berharap cuma dgn Allah, dan happy2 alhamdulillah Allah beri. Ape kita pikir sangat memberi efek pada tubuh badan kita seriously. Sebab tu kalau ada family members, kawan2 tanya tips2 utk pregnant itu je yg sy mampu suggest. Ya, penting utk cek klinik takut2 ada sakit. Nauzubillah. Tapi kalau dua2 sihat, insyaAllah lambat cepat mesti ada. Yg penting positif. Tapi, memanglah senang cakap daripada sendiri pikul kan? Disebabkan orang ckp org pregnant ni doa senang makbul, sy doakan kawan2 yg nak baby tu dpt baby cepat2 insyaAllah. Positif!

Ok tu je sebuah catatan seorang umi di tepi buai anaknya yg sedang tidur kemain sedap sebab hujan dan sejuk. Baby dlm perut pun diam je tido lettew. Umi pun nak join sekaki. Kbai.


Ps : selsema sebenarnya ni. Sian baby. Jom kita cepat sihat baby!

No comments: