Wednesday, December 16, 2020

Meeting Zuyyin

 assalamualaikum and hi!


dah lama tak membebel kat sini tau2 dah anak 3 lol. nombor tiga kita diberi nama Naaz Zuyyin bt Azrul Amirul Rashid. sebab dia bongsu (tutup kilang), maka dia special sikit. special dia lahir hari merdeka, 31 ogos 2020. historic khenn.


pregnancy kali ni i ada gdm la adoi. sebab overwieght, bmi terlebih. mula@ minum air gula tu steady lagi. kena second tu sangkut aaaa. masa tu down la sedih takut jadi pape kat baby la bla bla. pastu sape suruh gemuk kan?? maka bermula la episod kena jaga makan. kena cek bsp 4 kali sehari ulang alik klinik. ada gak terpikir nak beli alat cek gula tu tp dh 28 minggu kot masa tu. macam dh dekat nk bersalin kan. mula cek bsp dah fail sebab malamnya makan nasik, kurang sayur, sayur timun je mana cukup nya yeop. pastu down lagi, balik bedal donut 2 bijik aje gile tak pikir langsung main makan je. merah lagi bacaan. pastu doktor advice makan suku2 separuh, banyakkan sayur bla bla so i insof dan berazam nak maintain bacaan jangan merah la. alhamdulillah lepas2 tu bacaan ok takde merah dah. lepas kena psiko dengan doktor. doktor ugut nak bagi ubat. taknakkk.


yang bestnya hikmah dari kena kencing manis time pregnant ni alhamdulillah nampak la gaya hidup sihat dan berat pun turun. walaupun pregnant, i tak naik mendadak, beranak pun nampak la berat kepala no 5 tu dah lama tak nampak no 5 depan tu kan hahaha. azamnya nak maintain je la, walaupun dugaan kuat melanda haa.


ok tu pasal gdm kan. yang lain2 alhamdulillah tak isu pape pun semua ok je. part nak menunggu beranak pulakkk. ikutkan sejarah, zahra & muaz dua2 keluar minggu ke38. disebabkan i ada gdm, jd doktor ckp by hook or by crook baby kena keluar minggu 40 tak boleh lewat, kalau one day before due tak beranak gak, induce. perkataan induce tu scary ok. so minggu 38 tu i dah cuak gila bila la nk keluar si zuyyin ni. i buat keje rumah, bersih toilet, gerak sana sini, sexy time dengan azrul. finally ada la tanda2 nak bersalin tu. until satu malam tu i terjaga sebab contraction. gi toilet, ada darah mengalir. cuak tp lega jugak la. masa tu contraction steady 5 minit sekali. makan kurma, gi mandi, solat. bagitau fairuz nak pegi hospital dah. masa tu fairuz yg standby kat umah tengok2an zahra muaz. so ingatkan nak masuk labour room terus la kan. rupanya2 baru 2cm warded. tiba2 contraction jd main2 cemtu je. tp takde la boleh tido pun, tak sempat nk rest sangat la. whole day nervous cemtu je la bila la nak naik bukaan tu kan. sepanjang kat wad tu i jalan la sikit2 solat mcm biasa until dh contaction kuat i duk atas kerusi je. nurse pun bagi makan makanan utk org kencing manis la, diet jugek. wad i duduk tu semua yg induce, semua kencing manis la kesimpulan nya haha. sebelah i induce, doktor masuk ubat, tak terbuka jalan gak, doktor masuk belon lagi kesian kat dia. 


ok berbalik kepada masa menunggu zuyyin nak keluar. so i masuk was 4 pagi la katakan. pukul 10 malam baru betul2 contraction kuat. kuat yang i pegang katil tu, katil bergegak, sila imagine. sakit dia terpaling sakit, kalah masa zahra & muaz. i tak nangis tapi i jadi stress sebab dah lama tunggu. buka sikit je masa tu 6 cm. rasa nak teran je. taktau la i jadi manja ke apa tapi sungguh rasa sakit yang takleh nak cerita, lain dr previous deliveries. i mintak ubat dgn nurse. tiba2 jantung baby tak steady pulak, tp finally nurse cocok gak. i ingat boleh i pejam mata jap macam masa bersalin zahra, tidak sama ye puan2. takleh bawak bincang dh sakit dia sekejap ok sekejap i rasa sakit gila sekejap i blackout. last2 i give up i teran je everytime contraction tu. haa result dia? membrane keluar! i rasa something celah kangkang tu kan, i ingat kepala baby rupanya lembik2 membrane T.T terus rasa apa aku buat ni! panggil nurse, nurse dah panik. i pulak kejap sedar kejap tak sedar tiba2 i dah labour room. naik atas katil tu i sedar, doktor suruh teran i sedar. sebijik2 gak la rasa badan zuyyin tu. dah keluar doktor letak zuyyin atas dada mcm biasa, zuyyin ok alhamdulillah sian dia. pastu part uri pun i kena teran lebih sikit.  kena batuk kuat2 sampai perit tekak haa. dia melekat kuat. pastu part jahit pulak pedihh. tp all in all i bersyukur semua dah selamat. zuyyin first baby merdeka kt hospital tu. this year lah. pastu terus masuk wad i still high lagi pening gila. memang best la tido layan gila. tapi nurse insist suruh makan. mak guard tolong suggest menu suh azrul belikan.


haa malam i duk contraction kuat tu ibu otw dari kota bharu. kebetulan paksu balik so ibu ikut dia. so dia ada kt umah dgn fairuz lah tengok anak2. zuyyin keluar baru azrul dtg, beli makanan semua. belum boleh jumpa pun lagi sebab covid kan. pass dekat guard je. elok gak la takde lelaki dlm wad memang bebas berbuat apa saja. pastu pagi nya doktor cek ape sume doktor ckp dah boleh balik, i dan baby ok. cuma nurse still nk tengok paras gula i so tiba2 i takleh balik tengah hari, i kena tunggu malam pukul 9 baru balik, dia nk monitor gdm i dan tengok baby ada efek ke tak. alhamdulillah kitorang dua2 okay. as for now pun i dah takde kencing manis tu alhamdullah. ada minum gula gak k pas beranak hahah. result ok je la huhu.


hm tu je la kot. bab beranak. bab nak membesarkan zuyyin ni lain pulak ceritanya lol. doakan kitorang semua sihat walafiat, anak2 membesar dgn jayanya. amin.




ps: selamat hari ulang tahun ke 6 azrul! tahun lepas kita buat zuyyin, tahun ni, inilah hadiah nya hahahahaha. thank you for cameron highland trip dan makon makon kfry! i nak request kfy before the year end boleh? lol i sayang you! <3