Assalamualaikum
Hi
Pasal barang baby. Sebagai ibubapa yang keep calm and freak later, kami memang kadang2 macam ni. Tapi takdelah freak later sangat pong. Baru masuk 5 bulan. So ada plenty lenty lentyyy lagi masa untuk shopping. Dengan kemudahan internet dan whatsapp dan instagram dan fesbuk segalanya mungkin! Tidak lupa kepada lazada yg walaupun barang ku order tak sampai2 sampai ke sudah lalu dorg return money tapi money pun tak tau ke mana seb baik 30 hengget je barangnye. Dakpe you, i halalkan. Leceh naw.
Anyway, sekarang baru fasa planning lah kirenye sebab poket boss takleh main seluk nanti kena bebel 4 kontena. Lagipun sape suruh shopping tak ingat dunia lepas tu blurr duit tak tau pegi mane. Macam hari tu husband cakap that month saya spend sekian2 i was like say whattt? Takdelah manade pakai duit banyak tu. I am very berjimat cermat how come sampai ribu2. Lalu dia dengan muka confiden nak tunjuk akaun yg dia buat lalu saya surrender. Tp seriously otak takleh recall duit tu pegi mane. Mungkin ke jubah2 dan kasut2 dan handbag2 yg setahun 2 kali pakai tu. Insaf. *insert muka bersalah makan biskut raya sebelum hari raya kat sini* tapi husband sangat gembira sejak pregnant nafsu shopping turun ke paras terendah. Beli supplement pregnant dengan ubat2 cantik je. Dia cakap, "keep it this way". Dia tak tau habis pantang tu raya. Which means shoppingggg. Ngeh.
Tapi! Kali ni nak shopping barang baby maka kena beli gak. Tapi! Biasa2 je. Sebab dh ada pengalaman shopping barang zahra, jadi dh boleh bajet ape perlu ape tak perlu. Basic2 tu biasalah baju, seluar, barut perut, booties, mittens. Dan benda wajib tiada sunat iaitu pampers dan toileteries. Alah benda biasa tu lah. This time around nak fokus kat benda yg dulu macam nak kena beli ke taknak utk zahra. Macam baby cot dan nursing cover. Zahra dulu kitorg bedal tido sekali. Menetek sampai pagi. Tapi kan tak elok sebab possibility tercekik susu etc. Masa breastfeed zahra, bukan tak pikir sume tu. Tp sebab terbiasa. Kali ni harapnya tak malas bangun susu baby dan letak beliau di tempat asal. Jangan main peluk2 sampai pagi. Nursing cover tu pulak sebab nak nyusu di khalayak ramai tanpa manusia lain melihat payudara i. Sebab i malas nk g nursing room atau masuk keta pasang ekon bla bla renyihhh. Maka, wajib ada lah kali ni.
Bercakap pasal breastfeeding, nak mengepam juga. Manual pump ada tapi sekali je kut pakai. Lol. Sebab sayang lengan takut tumbuh muscle. Muscle sy lg besar dari husband cane? Haha. Maka nak beli yg letrik. Baru lah rasa mcm lembu di new zealand sikit. Tapi tu masih blurr2. Sebab takut jugak terjadi kes susu mengering lantaran pam. Idk where i heard that tapi macam boleh terjadi kan. Konon nak susu badan ekslusif 2 tahun macam zahra walaupun cuma setahun setengah je.
Other than that, kena brainstorm lagi dengan husband. Dan ofkos lah dia takde idea. Maka, kena sesi pengusharan di kedai2 barang baby. Which is lebih afdal dilakukan setelah tau jantina si kecil itu. Ok, sebenarnya umi duk men fesbuk tdi. Anak sape tah comey sangat. Anyonyo tiba2 rindu kat baby dalam perut. Haih takleh nak describe. Rindu... sayang nyeee.... lambat nye bulan 5 umi nak tatap muka awak. Umi nak cium pipi gebu. Umi nak makan tangan awak. Arghhh. Kak zahra sudah dewasa dia tak suka semua tu. Lagipun dia suka ayah yg buat dia macam tu. Foine foineee. Kita kawan dua nnti ok? Hari selasa umi & ayah teropong awak ada bebird ke burger. Stay healthy anakkkk.
K. Dah boleh scroll instagram dan screenshot. Hahaha.
Ps : weekend ni balik jumpa Aryan. Again! Tahniah along. Semoga kehadiran Aryan memberi rahmat kepada along & keluarga. Umah nenek sooo crowded dengan manusia kecik pakai pampers saje. Ish3.
No comments:
Post a Comment