Friday, January 22, 2016

Baby Talk

Assalamualaikum

Hi

Pasal barang baby. Sebagai ibubapa yang keep calm and freak later, kami memang kadang2 macam ni. Tapi takdelah freak later sangat pong. Baru masuk 5 bulan. So ada plenty lenty lentyyy lagi masa untuk shopping. Dengan kemudahan internet dan whatsapp dan instagram dan fesbuk segalanya mungkin! Tidak lupa kepada lazada yg walaupun barang ku order tak sampai2 sampai ke sudah lalu dorg return money tapi money pun tak tau ke mana seb baik 30 hengget je barangnye. Dakpe you, i halalkan. Leceh naw.

Anyway, sekarang baru fasa planning lah kirenye sebab poket boss takleh main seluk nanti kena bebel 4 kontena. Lagipun sape suruh shopping tak ingat dunia lepas tu blurr duit tak tau pegi mane. Macam hari tu husband cakap that month saya spend sekian2 i was like say whattt? Takdelah manade pakai duit banyak tu. I am very berjimat cermat how come sampai ribu2. Lalu dia dengan muka confiden nak tunjuk akaun yg dia buat lalu saya surrender. Tp seriously otak takleh recall duit tu pegi mane. Mungkin ke jubah2 dan kasut2 dan handbag2 yg setahun 2 kali pakai tu. Insaf. *insert muka bersalah makan biskut raya sebelum hari raya kat sini* tapi husband sangat gembira sejak pregnant nafsu shopping turun ke paras terendah. Beli supplement pregnant dengan ubat2 cantik je. Dia cakap, "keep it this way". Dia tak tau habis pantang tu raya. Which means shoppingggg. Ngeh.

Tapi! Kali ni nak shopping barang baby maka kena beli gak. Tapi! Biasa2 je. Sebab dh ada pengalaman shopping barang zahra, jadi dh boleh bajet ape perlu ape tak perlu. Basic2 tu biasalah baju, seluar, barut perut, booties, mittens. Dan benda wajib tiada sunat iaitu pampers dan toileteries. Alah benda biasa tu lah. This time around nak fokus kat benda yg dulu macam nak kena beli ke taknak utk zahra. Macam baby cot dan nursing cover. Zahra dulu kitorg bedal tido sekali. Menetek sampai pagi. Tapi kan tak elok sebab possibility tercekik susu etc. Masa breastfeed zahra, bukan tak pikir sume tu. Tp sebab terbiasa. Kali ni harapnya tak malas bangun susu baby dan letak beliau di tempat asal. Jangan main peluk2 sampai pagi. Nursing cover tu pulak sebab nak nyusu di khalayak ramai tanpa manusia lain melihat payudara i. Sebab i malas nk g nursing room atau masuk keta pasang ekon bla bla renyihhh. Maka, wajib ada lah kali ni.

Bercakap pasal breastfeeding, nak mengepam juga. Manual pump ada tapi sekali je kut pakai. Lol. Sebab sayang lengan takut tumbuh muscle. Muscle sy lg besar dari husband cane? Haha. Maka nak beli yg letrik. Baru lah rasa mcm lembu di new zealand sikit. Tapi tu masih blurr2. Sebab takut jugak terjadi kes susu mengering lantaran pam. Idk where i heard that tapi macam boleh terjadi kan. Konon nak susu badan ekslusif 2 tahun macam zahra walaupun cuma setahun setengah je.

Other than that, kena brainstorm lagi dengan husband. Dan ofkos lah dia takde idea. Maka, kena sesi pengusharan di kedai2 barang baby. Which is lebih afdal dilakukan setelah tau jantina si kecil itu. Ok, sebenarnya umi duk men fesbuk tdi. Anak sape tah comey sangat. Anyonyo tiba2 rindu kat baby dalam perut. Haih takleh nak describe. Rindu... sayang nyeee.... lambat nye bulan 5 umi nak tatap muka awak. Umi nak cium pipi gebu. Umi nak makan tangan awak. Arghhh. Kak zahra sudah dewasa dia tak suka semua tu. Lagipun dia suka ayah yg buat dia macam tu. Foine foineee. Kita kawan dua nnti ok? Hari selasa umi & ayah teropong awak ada bebird ke burger. Stay healthy anakkkk.

K. Dah boleh scroll instagram dan screenshot. Hahaha.

Ps : weekend ni balik jumpa Aryan. Again! Tahniah along. Semoga kehadiran Aryan memberi rahmat kepada along & keluarga. Umah nenek sooo crowded dengan manusia kecik pakai pampers saje. Ish3.

Tuesday, January 5, 2016

Sugar Coated Baby

Assalamualaikum

Hi

Baru lepas minum air gula.. jadi sugar rush sikit.... nahh. Jakun dan noob dalam sektor air gula walaupun sudah beranak 1 sebab time zahra dulu tak penah kena minum air gula pong. Tak tau kenapa. Sebab time zahra dulu entirely dekat swasta kut. Dan berat tak pernah naik mendadak. Dan alhamdulillah family history takde sakit diabetes dan seangkatan dengannya. Dengan baby ni nak pulak cuba klinik kerajaan sebagai menyahut seruan kerajaan supaya berjimat cermat dan hashtag 2kerja padahal surirumah hashtag sejutanambelaskerja. Maka, tiba2 je kena teguk segelas air gula. Sy ingat gelas kecik mcm gelas milo tu tau. Rupanya gelas besau. Taktau lah downside ke upside of it tp air gula tu perisa oren.

Kisah bermula semalam pukul 10 malam start puasa tak boleh makan minum. Korek hidung korek telinga takpe ye. Bukan puasa ramadhan ke puasa sunat pong. Tp minum air masak pun dokleh ye suamiku.. dia confident je suruh minum air masak. Org cakap puasa. -..-" pestu pagi2 lagi pegi klinik amek darah. Seronok sgt satu jarum besar. Pastu terus teguk segelas air gula yg berperisa oren tersebut. Mak aih. Sy igt sy ironwoman cukup kuat utk segala jenis cabaran. Tidak ye puan2. Sy insan yg lemah. Pekat tul air gula tu. Ergh still terasa lagi kt tekak. Meremang bulu roma. Nurse tu cakap kalau muntah kena minum lagi hari lain. Oh no no no. Jangan kau muntah. Tahan! Habis gak lah segelas. Kena tunjuk kt dia occay gelas tu kosong. Seb baik dia tak suh jilat je. Pestu tunggu 2 jam kasi air gula hadam masuk dlm sistem. Note: masih belum boleh makan nasi lemak ke roti canai ke waima minum air masak sekalipun. Seronak sgt time tu berpinar2 mcm nak terkeluar balik air gula yg pekat itu. Husband suh balik umah. Singgah jap kedai makan dia breakfast, zahra minum milo. Tak terliur pun sebab air gula tu power sgt. Lalu, sampai umah tido. Haha. Husband kejut jom kita rempit gi klinik. Time tu ok dh takde mual dh. Sampai klinik amek darah lagi sekali. T.T tp pastu selesai dh segala2nya. Azab berakhir di situ.

Kesimpulan nye air gula tu tak sedap langsung! Tapi masih boleh endure lah. Habis dah terpaksa, takkan nak protes guling2 kat situ. Harap2 pas2 ni hb normal, berat pun janganlah naik banyak sangat. InsyaAllah. Btw, sebab time zahra dulu sy memang fully pegi swasta, dan utk baby ni mcm berazam nak gi klinik kerajaan, jadi boleh nampak obvious perbezaan sgt. Dulu ingat swasta macam bagusssss sgt bla bla bla. Tp sebenarnya klinik kerajaan ni jauh lebih bagus. Memang dia renyih sikit nak kena ulang alik kadang2 sebulan sampai 2 3 kali pegi klinik. Tapi dorang sebenarnya nak monitor ibu dan baby dgn lebih detail. Ye, tak banyak scan tapi alah scan je pun. Rasa nak tengok baby, pegi lah klinik swasta setiap hari pun boleh kan. Bagi saya lah, memang nak teruskan dgn klinik kerajaan ni je.. sebab tengok dorg punya care dekat ibu tu memang menyeluruh. Gituu.



Ps : bila tak tau nak masak ape, masak lah spegeti. Mudah cepat kenyang emmm kbai.


Saturday, January 2, 2016

Imagine Fireworks

Assalamualaikum

Hi

I couldnt be bothered with a new year post. I think i have summed up a lot in my birthday post. Lol. And life is pretty much the same. All i can say is twas a beautiful year and im looking forward to what 2016 will bring.

Obviously, we will be dealing with a game changer insyaAllah by the end of May. Husband is excited because that is around his birthday. My edd is pretty close to his birthday. Ahhh just to think about how much i can save from buying him a birthday present or cake, i can just give him a baby instead. Lol. May Allah ease everything.

Well, that is pretty much the thing we expect this year. My husband and i, we are terrible planners. We do plan, yes. But things rarely go as planned. So, i think we secretly decided to do whatever we want whenever we find fits. Like that genting midnight stroll. I think that was lovely. Being married with a kid. Im easily delighted with spontaneous gestures. And me being malas and huge, i honestly prefer staying home in my kain sarong and read, watch tv or just lay in bed for hours.

Other than me feeling like a peguin and my weight escalated so high like burj khalifa, i cant wait to see you baby. Its 4 months plus away. Nervousssssnya. Fyi, when you know how actual labour is, it became a lot more frightening. Compared to first pregnancy because you have no idea whatsoever about how painful it is. *cries



Ps :  idk lah umi and ayah are so relaxed about buying baby's things satu hape pun belum survey, ape lagi beli. Lol. Nahh we're cool liddat.