Tuesday, November 3, 2015

The Price

Assalamualaikum

Hi

Slow and cool day in kota bharu right now. My daughter is somewhere in front of the tv watching her favourite movie, Home. She can watch it on repeat. Yesterday she watched it for 5 times. She wanted to watch it again and again but we have to stop her from doing so. Since i can practically memorize the script by heart. And its pretty annoying and stressful to listen to it continously.

Anyway, terpanggil nak cakap pasal redha. Sebab duduk rumah ibu ni balik beberapa hari ni ter-recall time awal2 pregnantkan zahra dulu. Same simptom. Moderate morning sickness. Tp i was stronger back then. This 2nd pregnancy, ya Allah lemahnya rasa walhal lebih kurang je. Itu tandanya saya ni mmg manja. Sebab dulu sorg2 deal sume benda. Tahan je dalam hati.. sedih, kambus perasaan tu. Sekarang, geli2 tekak sikit laju je mengadu kat suami. Suami pulak rajin layan.. memang lah naik lemak. Huhu. Tp sekejap je lah. Sekarang dh ok kut hopefuly. Ada sikit2 je lagi. Nak cepat2 habis phase ni. Sebab nak makan sedap2. Kehkehkeh. Tp sesampai je kb hari tu laju je cari ape nak makan. Alhamdulillah sgt suami sgtlah manjakan sy sampai nak papepun dh tak tau dh. Contohnya nak merengek pasal ape pun tak tau. Faham x? Haha dasar sungguh la ekau ni ansari. Sebab nya suami layan nak makan ape, urut kat mane sakit, tolong jaga zahra. Bila cakap ngn ibu, sy jadi princess skrg ni ibu pulak yg kesian kat suami. Tu yg kena bebel 4 bakul takleh nak manja2 lg dah.

Anyway, pasal redha tu bukan pasal tak redha pregnant skrg ni. Mesti la redha alhamdulillah. Cuma terpikir cane dulu blh survive. Tu je. I was so rock bottom kut. Takde lagi down, itulah paling down dalam hidup. Tenggelam lemas sorang2 taknak timbul tp hidup, selamat, bernyawa sampai lah saat timbul semula. Kunci dia masa tu redha. Sebelum sy realize soal redha, sy cari punca masalah. Sape. Sape masalah tolong move your ass from my life. Dan yg tu pun Allah tolong. Mudah. Taknak elaborate panjang. Yg penting chow. Hari2 mendatang lepas tu payah tak tipu langsung. Menangis sorang2 malam2. Tp bila depan org senyum. Itu dh jadi rutin. Segala gelap tak manis pedih simpan. Masuk bilik kunci pintu baru nangis. Sebab tu ibu tak suka sy duk sendiri. Dia akan ajak keluar dgn kwn2 dia lepak2 minum air makan2. Terhibur sekejap balik sambung nangis lagi sambil usap perut. Zahra dh tendang2 dan sy masih igt kata2 sy pd zahra, "dont worry umi dgn zahra forever". No connection dgn sape2 negative. I totally put myself inside a positive bubble. Dan Allah hadiahkan manusia2 yg memang sesuai dgn keadaan sy time tu. To make me feel pretty, to make me feel smart, to make me feel loved. Cukup. Tiada yg kurang. Pikir2 balik betapa Allah syg zahra. Betapa Allah syg jiwa dia. Allah bg environment yg positif utk dia. Dan betapa mudah bersalinkan dia.

Satu yg sy jaga, hubungan dgn Allah. Tak sesempurna org alim. Basic2 tu je. Ini bukan brag ke ape. Cuma nak bagitau dari mana redha itu datang. So lepas dh remove segala yg negative, tlg lah sedar sape yg penyebab penyakit pd diri tu. Sape lg? Jgn nak salahkan orang eh? No 1, salahkan diri sendiri. Ye, sy yg invite those problems. So setel la situ. Sy penyebab dia jadi the fault is on me. So ini sy yg akan setel kan. Gitu. Sbb sy jenis yg malas nk gaduh ngan orang ni. I'd rather look defeated than look desperate. Be the bigger person. Always. Lepas dh mengaku silap sendiri baikilah diri. Sebab kalau kita salahkan org, sapelah kita ni nak baiki orang. Mulakan dgn baiki diri sendiri. I worked a lot on myself. Baiki solat. Baiki bacaan al quran. Sampaikan time pregnant zahra tu boleh rasa zahra suka surah yasin. Sampai boleh hafal lah. Kalau nearest mosque tu tgh bc yasin pagi2 sebelum subuh, telinga ni terdengar2 je dalam hati duk folo baca sekali. Punya lah zahra suka surah yasin. Again, bukan nak riak. Sebab masa tu sy cuma ada Allah. Saat orang lain ada suami nak bermanja2 sy cuma bermanja dgn Allah. Boleh kata setiap kali lepas solat sy akan ceritakan dekat Allah ni ape perkembangan terbaru zahra. Terbaring atas sejadah menangis tu biasa. Igt2 balik kesian dekat diri sendiri. Tp time tu ok je. Tp ada malam2 yg sy tak kuat. Biasalah hormon org mengandung, tak stabil. Sy baca yasin dgn tafsir. Sebab pernah terbaca, kalau nak Allah ckp ngn kita, kita bc quran. So sy baca la yasin. Smpai lah satu ayat yg kena recite 7 kali tu. Sy pun terpikir hmm nape yg ni kena bc 7 kali dh lama nk cek maksud dia. Cer tgk maksud dia. Sekali tersentak sendiri. Awak tgk lah sendiri tafsir dia eh. Sebab masa tu mana ada nk msg loving2 ngn sape2 pun. Dpt msg loving2 dr Allah sgt best tau. Malam tu tido dlm senyuman. Alhamdulillah. Tu paling magic la sy rasa.

Dan along the way tu saya jumpa redha. Redha tu mahal. Takkan jumpa kalau diri masih mendongak. Takkan jumpa redha kalau dlm diri masih ada walau sedikit rasa nak salahkan org. Takkan jumpa kalau sibuk mengasihani diri sendiri. Redhalah diuji semampunya. Redhalah ujian yg nampak segunung ni sebenarnya kecik je. Redhalah tak nampak esok pun sebab hari ni masih ada. 100% nasib sy, sy serah pada Allah. Sy teraniaya Ya Allah. Bayi yg tak berdosa ni teraniaya. Doa org teraniaya kan tiada hijab. Nampak tak bes rupanya kat situ. Embrace it. Instead of mourning about it, make it a gem put it on your crown. Sy nampak kerisauan ibu dan org2 terdekat bila sy nak bersalin. Ibu takut sy meroyan tp alhamdulillah takde pun. Bila pikir2 balik i had every reason to meroyan. Dgn very subtle care sbb ibu sekolah takde orang jaga sy dan zahra. Tp hari ni sy boleh cakap i survived that! Solo trip! Tanpa menyalahkan sape2. Tanpa memburukkan sape2. Semuanya dgn redha dan Allah di sisi. And that is by far my greatest achievement in life.

Ada la dlm banyak2 doa sy masa pregnant, ya Allah kurniakan org yg betul2 syg sy. Dan dia mestilah syg zahra sgt2. Allah beri suami sy Azrul. Yg mmg confirm syg sy sejak zaman tok kaduk. Haha. Confident je kan? Memang sy confident part tu. Alhamdulillah. Dan dia memang syg zahra. Setiap hari duk laut pun sibuk call nak tanya kabar zahra je. Kabar sy last2 baru tanya. -_- dan perjuangan yg tu telah selesai. Sekarang ni perjuangan yg baru pulak. Perjuangan rumahtangga. Perjuangan membesarkan zahra. Perjuangan mengandungkan adik zahra. Perjuangan diri sendiri sebagai hamba Allah. Semoga pregnancy kali ni dalam lindungan Allah. Dan semoga amalan pun bertambah. Jangan malas2 okay umi.

Ps: dh scan hari tu. Baby dh lambai2 kat umi & ayah.

Sekadar sebuah ucapan terima kasih buat suami tercinta pemilik hati dan pintu syurga saya, terima kasih sebab melayan ibu mengandung ni. Abg suami paling awesome dlm dunia. Abg balik nnti syg nak cool blog n lokcing lg. Kbai.

No comments: