Monday, May 25, 2015

6 Mac 2014

Assalamualaikum

Hi

Hari ni mood nak cerita pasal pengalaman bersalinkan zahra tahun lepas. Dah setahun 3 bulan. Saje lah mane tau nanti nak bacakan tuk zahra sebagai night time stories. Just to let her know the sufferings. Lol. Ini kalau cerita kat hubby mesti dia buat muka seram. Pastu ouch ouch. Cane nak teman masuk labour room sekali adik zahra nnti. Haha

Arakian bermula kisah 4 mac. Ada spotting. Oleh kerana dah 9 bulan tak period, jadi kelibat darah ni macam pelik pulak. Haha. Pastu duk doubt sendiri betul ke darah betul ke? Pastu konfem lah ada darah sikit dalam 2 3 titik. Pastu ape lagi gelabah tetek la. Alhamdulillah ada ibu, family dan kawan2 yg berpengalaman benar dlm sektor2 bersalin ni. Maksu pun every pregnancy mesti keluar darah mcm tu lah time nak bersalin. Ketuban darah org kampung panggil. Ok boleh keep calm kat rumah. Tapi tak de lah keep calm sgt pun. Sbb minggu2 last tu dh ada contraction main2. Braxton Hicks org putih panggil. Contraction main2 atau ajar2. Bes wooo. Macam period pain kejap ada kejap takde. Tapi entah lah weh.. time pregnant kan zahra adalah masa sy paling kuat. Ansari the iron woman betul time tu. Nak nangis tahan. Nak merengek tahan. Buat poker faceeee je. Sepanjang 2 hari tu contraction jadi lebih kuat. Takde main2 dh la. Tp sebab most kawan2 ckp takyah pegi spital, so tak pegi. Duk umah je. Ibu dan adik2 memang standby je. Hp je melekat kat tgn je. In case nak call emergency kalau takde org kat umah.

Sampai lah satu malam semacam je contraction tu. Tp sy ni kan suka install benda2 pelik dlm henpon. So sy install contraction counter. Sgt berguna tau! Sakit je klik. Dh habis klik lagi. Dia boleh catat masa brapa lama contraction. Dan gap from one another. Time tu pukul 12 malam. Ibu dh masuk tido. Tp ada adik laki, Habibi, kitorg duk tgk movie sama2. Dah bagitau dia, rasanya lain macam sgt. Dia dh ada anak sorg so dia tau la nak handle org nak bersalin ni. Dia suh g spital je. Sy cakap belum lagi. Sbb contraction gap belum 5 minit sekali. Gigih lah duk menahan. Pastu duk pikir ni kalau aku bersalin jap lagi ada tenaga tak. Siap sempat makan nasik tau. Haha. Pukul 1 mandi. Semayang. Pukul 3 mcm tu contraction dh 5 min sekali. So dh smpai masa gi spital. Kejut ibu dan kitorg bertiga gi spital sama2.

Nak dijadikan cerita, keta ibu mati halfway nak sampai hospital tau takk. Pukul 3 pagi. Dgn sy every 5 mins contraction. Tp mcm boleh tahan lagi. Takde contraction sampai rasa nak menjerit pun. Seb baik lah mala n ejat datang. Bawak 2 keta. Mala bawak sy n ibu ke hopital. Ejat setel keta ngn habibi. Kelakar jgk time tu. Lol. Pastu register. Mala cakap muka sy tak macam nak bersalin pun. Haha

Sampai tu pakai skirt. Misi suh tukar kain sarung. Kawan2 nak gi bersalin takyah pakai lawa2 mcm saya tau. Pakai je kain sarung. Jenuh pulak nk tukar. Xyah pakai panties. Pastu acara berdebar iaitu cek jalan. Sebab byk baca doktor cek jalan sakit. Agak berdebar la. Alhamdulillah tak sakit. Tapi keluar darah banyak.. takut gila time tu. Pastu doktor cakap dah 4 cm. Maksudnya takperlu tahan dlm wad. Boleh masuk labour room terus. Alhamdulillah malas jugak nak tunggu dlm wad kan. So, nasihat sy, kira betul2 masa contraction. Berapa lama each contraction. Pukul berapa start. Gap each contraction tu berapa lama sebelum gi hospital. Paling cantek 5min sekali tu baru pgi hospital. Kalau tak pecah ketuban la. Kalau ketuban dh pecah silalh cepat2 ke hospital. Takut baby lemas pulak.

Pastu ini cerita dalam labour room. Takuttt sangat. Tapi sebab sakit so rasa nak cepat2 lah baby keluar. Dah la sorang kan. Tak sempat nak rasa sedih pun time ni. Rilek je. Allah ada.. teman sy sepanjang proses bersalin. Sebab tu kuat. Hehe alhamdulillah. Lama jugak lah rasanya. Tp ibu cakap cepat je dh bersalin. Sebab masuk labour room pukul 4 pagi. Pukul 11.44 pagi zahra dah keluar. Sepanjang duk dlm labour room tu ramai la misi n doktor keluar masuk. Cek jalan sesuka hati atuk dia. Geram jgk time tu tapi malas nk layan sebab sakit perut. Dah lupa dah nurse ke doktor yg pecahkan ketuban sy. Huhu. Haa lepas pecah ketuban tu sakit dia ya Allah contraction bertambah berkali2 ganda. Cuba baca ayat kursi satu ayat tu tak sempat habis pun. Dorg tampal byk ayat2 dlm labour room tu. Tgh jalan contraction, sampai lupa td berenti kat mana. Baca balik, sakit lagi tgh jalan. Tp baca je. Sampai lah sy dah tak tahan sgt. Doktor dtg cek contraction sy kuat tapi jalan bukak slow. Pastu dorg bagi ubat tahan sakit. Yg buatkan sy tertido. Siap mimpi lagi tau. Haha Seriously tertido dalam labour room. Tau2 rasa macam nak meneran. Nurse pun berkejaran tengok kepala baby dh keluar. Ape lagi.. mula la sesi meneran. Alhamdulillah amalan suka membaca mmg membuahkan hasil la kat sini. Haha. Sy teringat ape sy baca, cara2 teran nurse pun puji pandai. Hehe. Kejap je zahra dah keluar. But still, time bila jarum air kat tangan tu boleh tercabut pun tak sedar. Btw, cara meneran yg sy baca, dan buat time tu adalah: dua2 tangan pegang buku lali. Jangan angkat punggung! Nanti koyak. Amek nafas dan teran ikut arahan nurse. Jgn lah lawan kata nurse tu. Dia lebih tau.

Pastu bila baby dh keluar yg mula2 sy perasan adalah rambut dia. Haha lebat gilaaa. Pastu dia merengek2 sikit. Nurse letak atas dada. Haa lagi satu. Nak masuk labour room takyah pakai bra lah. Senang baby nk meniarap. Time tu sy pakai bra so terganggu sikit. Sempat peluk zahra sambil ucap Allahuakbar ulang2. Mesti nurse pelik. Haha. Tak tau kenapa mcm kagum gila teran keluar manusia. Sungguh kagum. Pastu zahra kena bawak ngn misi utk doktor azankan. N bersih2. Dlm 45 minit sesi menjahit. Kena gunting kut. Sakit jgk la kena jahit tp doktor tu baik. Bual2 ngn sy. N bila sy cakap sakit, dia akan letak bius lagi. Alhamdulillah mudah. Pastu rindu anak dah. Haha. Nak peluk dia lagiii.

Pastu masuk lah wad bla2 stay satu malam. Adik sy ishah n putri yg temankan. Zahra pun tak kuning jadi esoknya pukul 12 tgh hr dah boleh keluar. Maka bermulalah hidup berteman tangisan dan ketawa kecik.

Alhamdulillah Allah tunai permintaan sy utk proses bersalin yg mudah walau tak berteman. Allah beri kekuatan yg sy xtau sy ada pun, utk melalui semua tu. Zahra memang hadiah paling best dlm dunia. :")
Btw, usm best sgt. Staff baik. Layanan baik. Nanti nak beranak sana lagi. Haha. Macam tak perlu je bersalin hospital swasta kalau setakat nak kena czer. Haa sebenarnya plan nk bersalin kat annisa tau. Dh nk book bilik. Jumpa doktor pakar, boleh dia cakap baby kecik n air ketuban sikit. Sebagai org yg berpelajaran tinggi, sy gi scan kat klinik lain. Klinik ang. Doktor ang ckp air ketuban ok je. Hampeh. Sorry la tak tau la nape doktor annisa ckp mcm tu tp pada pandangan sy, dia nk tipu so, sy akan induce dan memandangkan kepala baby belum masuk jalan lagi, mmg tinggi chance sy akan kena czer. Haa seb baik sy gi cek klinik lain. Takde maknanya nak czer, sy nk body lawa dan beranak ramai lagi tau doktor. Haha. Bersalin je kat klinik kerajaan ke separa kerajaan lagi bagus. Dorang akan cuba gak sedaya upaya make sure kita dpt bersalin normal. Lagipun byk lagi cara lain kan, forsep, vacum. Ape hal tah sesuka ati nk bedah2 orang. Most kawan2 ramai yg czer skrg. Syg nye body. :(

Ps: ok ttbe rasa rindu perut buncit. Haha

No comments: